Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sarawak bermula esok hingga Sabtu ini.

Menerusi kenyataan agensi itu memaklumkan, amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak membabitkan kawasan Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).

Sementara itu, berdasarkan laman portal publicinfobanjir.water.gov.my, Sungai Punan di Kapit mencapai tahap waspada dengan bacaan sembilan meter.

Angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 km/jam beserta ombak mencapai sehingga 3.5 meter turut dijangka berlaku di perairan Sarawak dalam tempoh terbabit. – MalaysiaGazette