Friday, September 4, 2026
Home 2022 December

Arkib Bulanan: December 2022

Warga Bangladesh sengaja kibar Jalur Gemilang terbalik didakwa lusa

"Kertas siasatan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan hasilnya polis menerima arahan untuk mendakwa suspek di Mahkamah Majistret Klang pada 13 Disember ini di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu berkelakuan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan," kata Vijaya.

ADUN Stulang dilantik Ketua Pembangkang DUN Johor

Salahuddin menggesa kerajaan negeri memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada Ketua Pembangkang DUN Johor memandangkan peranannya cukup penting dalam pentadbiran negeri.
Najib Razak Hamid Sultan

Perjuangan Najib bela pencarum KWSP terhenti setelah dipenjara

Pentadbir laman Facebook bekas perdana menteri itu berkata, permintaan terakhir Najib iaitu penstrukturan semula bayaran dividen KWSP serta kerajaan memberi lebih banyak peluang kepada KWSP untuk mengaut keuntungan melalui pelbagai cara yang dicadangkan beliau masih belum menjadi kenyataan.

Sultan Selangor Berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berkenan memeriksa perbarisan pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-77 di Istana Alam Shah, Klang, Selangor. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 11 DISEMBER 2022.

Peniaga rugi RM300 sehari akibat masalah pencemaran debu

"Jangan kata perlukan masa untuk bersihkan meja berkali-kali sehari malah saya juga berdepan situasi kekurangan pendapatan RM200 hingga RM300 sehari susulan pelanggan tidak selesa menjamu selera di sini disebabkan masalah debu,” kata Asrol.

Khairuddin curiga integriti Azam Baki, SPRM

“Azam kelihatan tidak berani bertindak di bawah mana-mana kerajaan masa ini yang memerintah negara. Beliau kelihatan mengikut telunjuk dan membela sesiapa sahaja yang menjadi tokoh pemimpin kini dan sentiasa cuba melindungi seseorang tokoh kerajaan walaupun didapati bersalah," dakwanya.

Johor bakal laksana Malaysia My Second Home – MB

Dapatan awal hartanah tidak terjual melibatkan pangsapuri perkhidmatan mewah yang menyasarkan segmen pembeli tertentu, kata Onn Hafiz.

Elaun ketua kampung, ketua masyarakat di Johor dinaikkan

Kerajaan Negeri Johor bersetuju menaikkan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada ketua kampung dan ketua masyarakat daripada RM900 kepada RM1,200 sebulan.

Kit Siang berniat jahat terhadap PN, Pas – Ahmad Tarmizi

Ahli Parlimen Sik mengecam kenyataan itu menegaskan, ia mempunyai niat jahat dan berbaur hasutan dan wajar disiasat oleh pihak berkuasa.

Hajiji keluar parti tak jejas kepimpinan Bersatu – Wan Saiful

"Jadi bagi saya, keluar parti ini lumrah namun bagi Bersatu di Sabah ia akan kekal berfungsi dengan kepimpinan baru,”kata Wan Saiful.