Abdul Hadi Awang Islam kaum Islam Al-Aqsa
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, perbuatan menentang kaum bukan Islam yang menunjukkan permusuhan terhadap Islam, sama ada terhadap syariatnya atau penganutnya atau kedaulatannya, adalah bukan sebahagian daripada asabiyah atau rasis.

Bahkan, menurut beliau, perkara itu merupakan kewajipan besar dengan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW.

“Mereka yang menentang pendekatan Islam ialah musuh Islam dan umatnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Marang itu memberitahu, berpandukan maksud ayat 22 surah al-Mujadalah, asabiyah kaum dan bangsa atau fanatik perkauman adalah diharamkan apabila perjuangan bangsa atau kaum dijadikan akidah yang mengatasi Islam.

“Sehingga menyebabkan mereka itu berlaku zalim atau membela kaumnya yang zalim,” jelasnya.

Beliau turut memberi peringatan tentang kewujudan fahaman liberal atau sosialis yang menghapuskan kewujudan bangsa secara mutlak.

Abdul Hadi berkata, fahaman tersebut hendak dibawa ke dalam masyarakat Islam, sehingga memisahkan peranan Islam daripada menyelamatkan bangsanya sendiri dan diheret oleh musuh Islam yang menyesatkan dengan menindas bangsanya sendiri kerana Islam yang dianuti.

“Sehinggakan, ada kalangan mereka yang berwalak kepada musuh Islam yang mahu merosakkan bangsanya dengan ideologi dan kefahaman yang sesat,” katanya.

Beliau berpandangan, ramai kalangan mereka terpengaruh dengan teori asing yang bukan daripada ajaran Islam, sehingga mereka terperangkap dalam kefahaman yang salah dan sesat, walaupun dalam satu aspek tertentu sahaja.

Abdul Hadi berkata, antaranya, aspek kewujudan bangsa dan kaum yang hendak dihapuskan, tanpa menyedari telah mencabar kekuasaan Allah Pencipta alam, termasuk manusia yang ditetapkan peranannya untuk beribadat, berkhilafah dan memikul amanah bagi melaksanakan syariat Allah SWT.

Beliau menjelaskan, kewujudan kaum atau bangsa dalam kejadian manusia mengandungi suatu hikmah dalam penciptaan makhluk Allah SWT.

“Terdapat banyak ayat al-Quran dan sunnah yang menjadi petunjuk yang melarang daripada menggunakan akal semata-mata, kerana buta al-Quran itu lebih bahaya daripada buta huruf.

“Lalu akhirnya terpengaruh dengan teori ciptaan manusia yang terpesong daripada petunjuk Allah SWT,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. ALLAHUAKBAR….MOGA PEMIMPIN DAN RAKYAT NEGERI dapat RAHMAT DAN DILINDUNGI ALLAH dalam usaha mengekang dan hapuskan MAKSIAT

    TOKEH2 TAHI JUDI DAN ARAK BOLEHLAH SALURKAN DERMA PADA ANWARFIKUN

Comments are closed.