PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, perintah reman yang bermula hari ini terhadap lelaki berusia 27 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini.

“Permohonan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam Mohd Yusri dalam kenyataan dilaporkan berkata, lelaki berkenaan ditahan di Chemor.

Dilapor, dalam kejadian kira-kira 11.28 malam, mangsa yang merupakan lelaki berusia 37 tahun ditemukan mati di hadapan rumahnya dan pemeriksaan awal menemukan kesan kecederaan pada beberapa anggota badannya.

Polis pada awalnya tidak menolak kemungkinan mangsa adalah mangsa kemalangan namun bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mengesahkan punca kematiannya adalah disebabkan kecederaan pelbagai akibat objek tumpul dan kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast