Mayat lelaki ditemui pasukan bomba di Tasik Puteri Centre Park, Arang Batu.

KUALA LUMPUR – Mayat lelaki dipercayai lemas ditemui di dalam kolam takungan air di Tasik Puteri Centre Park dekat Batu Arang, Rawang.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Selangor, pihaknya menerima maklumat daripada polis pada jam 10.26 pagi tadi.

Maklumat itu menyatakan seorang lelaki dipercayai mabuk telah terjun ke dalam kolam itu kira-kira jam 10 pagi semalam.

Mayat mangsa yang berusia 25 tahun ditemui bomba pada jam 1.33 tengah hari tadi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette