HANOI – Lebih 200 penyelamat di Vietnam telah giat berusaha untuk membawa keluar seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang terjatuh di dalam lubang cerucuk konkrit pada malam Tahun Baharu.
Namun, harapan untuk Ly Hao Nam ditemui hidup semakin tipis.
Ketika kejadian Hao Nam bersama rakan-rakannya, sedang mencari besi buruk di tapak pembinaan jambatan di wilayah selatan Dong Thap apabila dia terjatuh ke lubang tersebut.
Kerajaan telah mengerahkan askar, pakar kejuruteraan dan peralatan khusus pada hari Selasa untuk menarik tiang konkrit sepanjang 35 meter dari tanah sebelum memotongnya untuk membawa budak lelaki itu keluar.
Le Hoang Bao, Pengarah Jabatan Pengangkutan Dong Thap berkata, kren akan digunakan untuk menarik cerucuk keluar dari tanah, katanya.
“Budak lelaki itu telah terperangkap di dalam tiang kecil itu selama empat hari, dengan andaian beberapa kecederaan.
”Harapan untuk dia hidup adalah terhad,” kata Doan Tan Buu, timbalan pengerusi jawatankuasa rakyat wilayah Dong Thap, yang dipetik Tuoi Tre News sebagai berkata.
Seorang pegawai bomba dari Ho Chi Minh City berkata, kes budak lelaki itu sangat “sangat rumit” kerana dia tersangkut pada tiang yang terlalu sempit – hanya 10 inci lebar untuk dipanjat mana-mana penyelamat.
“Satu-satunya penyelesaian adalah untuk menarik tiang itu ke atas,” katanya kepada akhbar VnExpress.
Paip logam yang lebih lebar sepanjang 19 meter telah diturunkan di sekeliling tiang konkrit untuk membolehkan penyelamat mengeluarkan lumpur dari sekitar cerucuk di mana kanak-kanak itu terjatuh.
Pasukan penyelamat telah mengepam oksigen ke dalam tiang sokongan dan telah melembutkan tanah.
Air telah diberikan kepada budak itu tetapi sejak Ahad lalu belum ada tanda-tanda air itu telah diambil. – Agensi