Dua lelaki maut selepas kenderaan yang mereka naiki terhumban ke dalam parit berhadapan Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya di sini awal pagi tadi. Foto: JBPM.

IPOH – Dua lelaki maut selepas kenderaan yang mereka naiki terhumban ke dalam parit berhadapan Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 5.19 pagi.

“Kereta jenis Honda Accord dinaiki kedua-dua mangsa mengalami remuk di bahagian hadapan dan pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir dan pihak bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa 30 minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seorang daripada mangsa dikenali sebagai R Dhaarnish, 29, manakala seorang lagi tidak dapat dikenal pasti identitinya.

Operasi tamat sepenuhnya pada 7.44 pagi. – MalaysiaGazette