Nor Zahidi Alias

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia mengumumkan pelantikan semula Nor Zahidi Alias sebagai ahli luar bagi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.

Nor Zahidi merupakan ahli luar bagi MPC sejak 1 Januari 2021.

Beliau ialah mantan Ketua Ekonomi di Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC).

Pada peringkat awal kerjaya, Nor Zahidi berkhidmat di The New Straits Times Press (M) Berhad sebagai penganalisis kanan sebelum menyertai Kuala Lumpur City Securities sebagai ahli ekonomi.

Sebelum bertugas di MARC, beliau merupakan Ketua Penyelidik dan Ketua Ekonomi di Alliance Merchant Bank serta Ketua Penyelidik di MCIS Zurich Insurance.

MPC mempunyai sembilan ahli yang diterajui oleh Gabenor, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus dan timbalan-timbalan gabenor iaitu Abdul Rasheed Ghaffour, Jessica Chew Cheng Lian dan Marzunisham Omar; tiga penolong gabenor, Adnan Zaylani Mohamad Zahid, Dr. Norhana Endut dan Fraziali Ismail serta Lim Chee Sing. – MalaysiaGazette