KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada skuad hoki negara yang akan memulakan aksi Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India.
Skuad The Speedy Tigers akan bertemu Belanda pada petang ini sebelum dijadual menentang Chile pada 16 Januari dan New Zealand pada 19 Januari.
”Saya menaruh keyakinan dan kepercayaan tinggi kepada pasukan kendalian saudara Arul Selvaraj untuk mampu pamer aksi terbaik sekali gus mencipta kejutan pada kejohanan kali ini.
”Saya dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat Speedy Tigers. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang kejohanan berlangsung.
Harumkan nama negara di pentas dunia!,” katanya menerusi hantaran di Facebook. – MalaysiaGazette