Wan Mohd Zahari Wan Busu.

KUANTAN – Seramai sembilan ahli UMNO yang pulang daripada Persidangan Agung UMNO (PAU) cedera apabila van dinaiki terbabas di Kilometer 240.6 Lebuhraya Pantai Timur arah timur berhampiran Kuantan, semalam

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, van yang dipandu lelaki berusia 37 tahun itu hilang kawalan dan terbabas ketika mengelak melanggar sebuah kenderaan lain yang brek secara mengejut.

“Siasatan awal dapati, pemandu bersama sembilan orang penumpang berusia dari 21 hingga 68 tahun dari arah Kuala Lumpur hendak menghala ke arah Kemaman sejurus selesai program Perhimpunan Agung UMNO.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu tidak mengalami sebarang kecedraan, namun sembilan penumpang wanita mengalami kecederaan ringan dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

“Lima orang penumpang termasuk pemandu dirawat di Zon Hijau manakala empat  orang penumpang dirawat di Zon Kuning,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Wan Zahari berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette