ARAU – Bekas Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana menjadi presiden dalam sebuah parti yang tidak mempertandingkan jawatan itu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Arau turut mencadangkan beliau kekal sebagai Presiden UMNO seumur hidup dan kes mahkamah Ahmad Zahid ditangguhkan sehingga lima tahun supaya boleh mentadbir negara dengan aman dan damai.
“Saya mengucapkan tahniah kerana presiden sebuah parti tidak perlu dipertandingkan.
“Takziah juga buat perwakilan yang telah kalah dalam usul tambahan tersebut. Jangan bimbang, jumpa saya di Parlimen tanpa tolak ansur,” katanya dalam status Facebooknya di sini hari ini.
Semalam, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) bersetuju agar Ahmad Zahid dan Datuk Seri Mohamad Hasan kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO setelah perwakilan meluluskan usul kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu akan datang.
Ini setelah undian dibuat melibatkan kira-kira 5,523 perwakilan yang bangun berdiri menyokong usul itu melebihi jumlah yang tidak menyokong.
Namun sebelum itu, cadangan usul tambahan itu mendapat reaksi berbeza para perwakilan apabila Badan Perhubungan UMNO Negeri seperti Wilayah Persekutuan dan Johor menolak usul tersebut dan mahu kedua-dua jawatan berkenaan dipertandingkan. – MalaysiaGazette
Kau tak nak cadangkan Lebai Hadi jd presiden sampai mati kaa? haaa
Ramai yang tak kisah dengan apa yang berlaku kerana org Melayu sudah ada rumah baharu, sesuai dengan fitrah dunia, hanya menunggu masa sahaja.
kuat perli ni hahaha,
biar wak jahid jd presiden sampai mati je snag..
gila kuasa btl la ko ni wak
Dan, hang dh kene pecat.. Wat pe nk sibuk2 hal parti lain. Fokus kt kawasan hang tu sbb pengundi sana dh pilih hang. Tunggu pru 16 kalu2 menang lagi.
Apa yang kau sibuk dengan hal rumahtangga umno. Kau kan dah buncit perut makan duit BERNAS. Tak cukupkah duit abah bagi.
Selayaknya mmg parti umno selalu memandang jauh ke belakang.jarang memandang kedepan.saya harap sejak pru 14 umno perlu tranfomasi bukan reformasi.jika teruskan umno utk kepentingan individu.penjilat tanpa maruah bagai meludah ke langit.20tahun lg umno hanya tinggal nama utk kenangan.