KUALA LUMPUR – Sebanyak 244 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam manakala tiada kes kematian direkodkan dalam tempoh sama.
Sehingga semalam, kes kumulatif jangkitan Covid-19 dan kematian di negara ini sejak Mac 2020 masing-masing sebanyak 4,994,094 dan 36,908.
Data KKMNOW menunjukkan kes aktif pula sebanyak 10,477 dengan 10,008 menjalani kuarantin di rumah.
Jumlah kes yang dirawat di hospital pula sebanyak 449 dengan 20 ditempatkan di unit rawatan rapi termasuk sembilan memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes sembuh pula sebanyak 4,985,292. – MalaysiaGazette