Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kiri) ketika sesi temubual bersama Pahang FM di Konti RTM Jabatan Penyiaran Negeri Pahang di Kuantan

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM322 juta bagi meningkatkan bekalan makanan pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia termasuk membiayai 14 projek perkhidmatan bekalan air.

“Kita merancang untuk meningkatkan bidang kecukupan bekalan makanan yang semakin hangat diperkatakan ketika ini.

“Untuk tahun ini, beberapa langkah dan strategi telah disusun mengikut sektor dan industri dengan matlamat menyuntik rangsangan kepada industri berkaitan kecukupan bekalan dan agromakanan,” katanya selepas sesi temubual bersama Pahang FM, di sini, hari ini.

Wan Rosdy meminta Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Pendidikan Negeri Pahang melakukan kajian komprehensif keselamatan makanan.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, sejak 2018 pelbagai pembaharuan telah dibawa sehingga meningkatkan kutipan \hasil pendapatan negeri.

Katanya, pada tahun lalu, Pahang mengutip hasil tertinggi dalam sejarah iaitu RM1.2 bilion. – MalaysiaGazette