MBSB Bank memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan 59 Inc Sdn Bhd dan Malaysia Resources Corporation Berhad ketika majlis pecah tanah yang berlangsung di Kota Semarak Galleria.

KUALA LUMPUR – MBSB Bank Bhd menawarkan pembiayaan untuk projek pembangunan bercampur Kota Semarak dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM850 juta.

Ketua Bahagian Perbankan Korporat MBSB Bankm Noor Hanim Ahmad Khusairi berkata, sebagai sebuah institusi kewangan Islam, pihaknya memahami kepentingan melaksanakan rangka kerja mampan dalam organisasinya.

“Inilah sebabnya kami menawarkan pembiayaan hijau untuk mengurangkan kesan buruk perubahan iklim.

“Untuk tahun lepas sahaja, kami telah meluluskan lebih setengah bilion ringgit dalam pembiayaan hijau, kepada kedua-dua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pelanggan korporat besar,” katanya.

Terdahulu, MBSB Bank memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan 59 Inc Sdn Bhd dan Malaysia Resources Corporation Berhad ketika majlis pecah tanah yang berlangsung di Kota Semarak Galleria.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TH Properties, Azman Ibrahim menerusi kenyataan sama berkata, Kota Semarak Galleria menyasarkan untuk menjadi batu loncatan kepada pelan jangka panjang dalam menyediakan persekitaran hidup yang lebih mesra alam dan mampan.

“Kami menyedari kepentingan meminimumkan jejak ekologi dan menyelaraskan amalan kami dengan SDG PBB, terutamanya berikutan pandemik Covid-19,” ujarnya.

59 Inc ialah syarikat pembangunan hartanah usaha sama yang dimiliki oleh TH Properties dan Malaysian Resources Corp Bhd.

Penandatanganan MoU itu diadakan semasa majlis pecah tanah di Kota Semarak Galleria pada 15 Januari lepas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast