KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan amanat ‘Membangun Malaysia Madani’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi esok.
Perdana Menteri berkata, pada majlis itu beliau akan mencerakinkan mengenai bagaimana negara dan tatanan (sistem) dapat menjunjung nilai dan etika pemerintahan yang baik buat rakyat.
Sehubungan itu, beliau mengundang semua untuk mengikuti, memahami dan wacanakan ia sebagai usaha dan upaya untuk mencipta lonjakan baharu buat negara.
Majlis yang dijadualkan bermula 11.30 pagi itu turut disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama. – MalaysiaGazette