Penerima menunjukkan sijil digital vaksinasi suntikan dos penggalak ke-2 Covid-19 bagi mengambil langkah berjaga-jaga ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 14 JULAI 2022.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 371 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes terkumpul sejak Mac 2020 berjumlah 4,995,033.

Manakala empat kematian lagi yang direkodkan dalam tempoh sama, menurut data KKMNOW.

Pertambahan itu menjadikan kes kumulatif kematian sebanyak 36,923.

Kes aktif pula sebanyak 10,390 dengan 9,970 menjalani kuarantin di rumah.

Jumlah kes yang dirawat di hospital pula berjumlah 404 dengan 16 dirawat di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu, 14 ke memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette