Gambar hiasan

NEW YORK- Harga minyak turun pada hari Rabu apabila peniaga memberi tumpuan kepada risiko kemelesetan.

West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Februari susut AS$0.70 atau 0.87 peratus, untuk ditutup pada AS$79.48 setong di New York Mercantile Exchange.

Minyak mentah Brent bagi penghantaran Mac juga turun AS$0.94 atau 1.09 peratus, untuk ditutup pada AS$84.98 setong di Bursa Hadapan ICE London.

Penurunan itu berlaku apabila data lemah dari Amerika Syarikat hingga mencetuskan kebimbangan terhadap ekonomi.

Jabatan Perdagangan melaporkan hari Rabu jualan di peruncit AS merosot 1.1 peratus pada bulan Disember, di bawah jangkaan konsensus untuk penurunan 0.9 peratus.

Data daripada Rizab Persekutuan juga menunjukkan pengeluaran perindustrian AS merosot lebih daripada jangkaan pada bulan Disember.

Peniaga menunggu data mengenai stok bahan api AS kerana Pentadbiran Maklumat Tenaga akan mengeluarkan laporan status petroleum mingguannya pada hari Khamis, sehari lewat daripada biasa kerana cuti Martin Luther King Jr. Day. – Agensi