Saifuddin mengadakan lawatan kerja dan mempengerusikan Masyuarat Jawatankausa Penyelarasan menangani Kesesakan di Tambak Johor di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, hari ini.

JOHO BAHRU – Penggunaan e-gate di dua pintu masuk negara di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) akan dibuka kepada warganegara Singapura, bermula hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,  penggunaan e-gate ini akan memberi manfaat kepada 30,000 hingga 50,000 warga republik itu yang berulang alik ke Johor untuk tujuan sosial.

Ia antara usaha baharu yang dilaksanakan secara penyelesaian jangka pendek untuk mempercepatkan aliran keluar masuk di BSI dan KSAB.

Jabatan Imigresen Malaysia turut akan memperluaskan penggunaan e-gate ini kepada negara lain yang dikatagorikan kurang risiko antaranya Brunei, United Kingdom, New Zealand, Australia dan Japan.

Menurutnya, bagi kemudahan pergerakan keluar masuk warga Singapura, syarat-syarat minimum dikenakan untuk penggunaan e-gate iaitu kepada warganegara Singapura yang memegang e-Pasport, tempoh sah laku pasport sekurang-kurangnya tiga bulan, telah menghantar Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) secara dalam talian tiga hari sebelum perjalanan dilakukan dan mengesahkan biometrik di kaunter-kaunter Imigresen untuk kali pertama kali.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja dan mempengerusikan Masyuarat Jawatankausa Penyelarasan menangani Kesesakan di Tambak Johor di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, hari ini.

Katanya, inisiatif pembukaan e-gate kepada warganegara Singapura ini menunjukkan tentang komitmen berterusan pihak berkuasa Malaysia khususnya Jabatan Imigresen Malaysia untuk memudahkan rakyat kedua-dua negara.

“e-gate di BSI juga akan ditambah. Ketika ini jumlah e-gate yang ada ialah 20 laluan masuk dan 20 keluar dan kita akan tambah lagi 20 laluan.

“Laluan pintu masuk ini, dulu ada waktu-waktu puncaknya, tetapi sekarang 24 jam waktu puncak. Setakat ini kita belum dapat menjangkakan peratusan pengurangan kesesakan di Tambak Johor,” katanya

Saifuddin yakin dengan 20 laluan e-gate yang ada, sudah pasti membantu mengurangkan kesesakan di Tambak.

Menurut beliau, berdasarkan statistik menunjukkan pintu masuk Malaysia- Singapura khususnya di BSI merupakan pintu masuk paling sibuk di Malaysia.

Statistik pergerakan keluar masuk di BSI dan KSAB dari tahun 2019 (pra-Covid-19) hingga 2023 menunjukkan sehingga 15 Januari lalu, purata pergerakan keluar pengembara sehari ialah 218,061 orang.

Kata beliau,penggunaan e-gate kepada pemegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang telah mula dilaksanakan sejak 15 November 2022 di pintu masuk KLIA.

Manakala sehingga 16 Januari 2023, sebanyak 12,162 pergerakan keluar dan masuk oleh pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang direkodkan di KLIA.- MalaysiaGazette