KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan menyiasat dakwaan seorang ibu kepada tiga anak yang belajar di sekolah yang sama tetapi menerima jumlah bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang berbeza-beza.
Dalam satu kenyataan hari ini, KPM menerima maklumat itu yang ditularkan melalui aplikasi Tik Tok.
“KPM akan menyiasat perkara tersebut dengan kerjasama pihak yang terlibat bagi mendapatkan maklumat lengkap berkaitan agar tindakan yang tegas dapat dilaksanakan sekiranya wujud kebenaran seperti yang didakwa,” katanya.
KPM memohon kerjasama semua murid, ibu bapa atau penjaga untuk membuat aduan secara rasmi sepanjang masa melalui SISPAA KPM di https://moe.spab.gov.my atau melalui telefon sepanjang waktu pejabat beroperasi di talian 03-8884 6456.
KPM akan memastikan semua butiran pengadu akan dirahsiakan demi menjaga kebajikan pihak yang membuat aduan.- MalaysiaGazette