Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Aliran trafik perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sebelum Plaza Tol Gombak arah Timur berikutan pertambahan kenderaan sempena cuti panjang perayaan Tahun Baru Cina.

Berdasarkan kemas kini dilaman Facebook Lebuhraya Pantai Timur petang ini, orang ramai dinasihatkan berhati-hati berikutan terdapat kemalangan di Kilometer (km) 56.4 arah Timur berdekatan Bukit Tinggi.

Katanya, kemalangan di lorong kanan itu mengakibatkan trafik sesak sepanjang 4.6 km sehingga lokasi kemalangan.

Sementara itu, keadaan trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 lancar di kedua-dua arah.

Pada perkembangan sama, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi kemas kini di Facebook turut memaklumkan, trafik perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Putra Mahkota ke Nilai; Seremban ke Port Dickson; Senawang ke Port Dickson; Senawang ke Pedas Linggi; dan Hentian Sebelag Pedas Linggi ke Simpang Ampat.

Aliran trafik juga dilaporkan perlahan dari arah Utara di Sedenak menghala ke Simpang Renggam dan Senai ke Kulai.

Pada masa sama, keadaan trafik perlahan di Rawang Selatan menghala ke Hentian sebelah Rawang; Slim River ke Sungkai Tapah ke Gua Tempurung.

Keadaan trafik turut bergerak perlahan sebelum memasuki Plaza Tol Sungai Dua dan Sungai Petani Selatan ke Sungai Petani Utara.

PLUS menjangkakan dua juta kenderaan bakal menggunakan semua rangkaian lebuh rayanya bermula Jumaat sehingga Selasa iaitu hari puncak sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast