Abdul Hadi Awang, Muhyiddin Yassin dan Dominic Lau Hoe hadir di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Perikatan Nasional di Kuala Lumpur.

CHERAS – Perikatan Nasional (PN) memastikan calon yang diletakkan di negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang boleh diterima oleh semua pengundi tanpa mengira kaum.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pemilihan calon penting untuk memastikan perikatan boleh menang di negeri-negeri tersebut.

“Sekarang ini, tidak tentu lagi bila PRN. Jadi bila cakap pasal rundingan, kita kena betul-betul pasti dengan calon kerana kali ni kita mahu menang.

“Kita nak menang di Selangor, Negeri Sembilan. Kalau kita boleh menang di Pulau Pinang, kenapa tidak,” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka PN di Menara PGRM.

Turut hadir Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Geraka ), Datuk Dominic Lau Hoe Chai.

Dalam masa yang sama, Hamzah yakin PN mampu menang kerusi-kerusi Melayu di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu, beliau enggan mendedahkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri-negeri di bawah PN.

Sebelum ini Pakatan Harapan (PH) dilaporkan akan membuarkan DUN bagi memberi laluan PRN pada Jun nanti.-MalaysiaGazette