Sampah sarap di kompleks niaga Rengit.

KUALA LUMPUR – ”Sakit mata memandang, sakit lagi hati dibuatnya,” Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rengit yang berkongsi sakit hatinya apabila melihat sampah bersepah di sebelah dewan lama dan di kompleks niaga Rengit.

Katanya, sampah tetap bersepah walaupun banyak kali aduan telah dibuat.

Menurut beliau, SWM Environment Sdn Bhd sudah meletakkan empat tong sampah kecil di sebelah dewan dan dua di kompleks niaga.

”Mungkin cuti raya Cina. Elok kempen Johor “Bersih 100 hari” ditukar kepada “Bersih setahun sekali”,” katanya yang baru berpeluang balik kawasan hari ini selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO dan ke Korea Selatan sebelum ini. – MalaysiaGazette