KUALA LUMPUR – Kelantan United FC memperkukuhkan jentera hadapannya dengan kehadiran penyerang kebangsaan Kyrgyzstan, Ernist Batyrkanov untuk menghadapi saingan Liga Super musim depan.
Kelab itu dalam satu kenyataan memberitahu, Ernist berkebolehan untuk beraksi di sayap kiri dan kanan selain berpengalaman beraksi di Liga Utama Armenia serta Kazakhstan.
Dia kemudiannya berkelana ke Liga Kazakhstan, Kyzyl-Zhar pada tahun 2021 dan tidak sampai setahun, pemain kelahiran Bishkek itu disambar kelab Liga Armenia, FC Va.
Pada musim lepas, pemain berusia 25 tahun itu beraksi bersama pasukan FC Abdysh-Ata Kant dan membantu kelab berkenaan muncul juara Liga Premier Kyrgyzstan serta Piala Kyrgyzstan.
Ernist menjadi pemain import ketiga diumumkan Kelantan United selepas menandatangani pemain Brazil, Yan Victor dan bekas pemain tengah Kelantan, Morgaro Gomis. – MalaysiaGazette