Kazar

KUALA LUMPUR – Ramai pihak terkena tempias terutama ahli keluarga sejak rumah tangga pengarah, Syamsul Yusof dan pelakon, Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar menjadi kontroversi di media sosial.

Antara yang turut menerima tempias adalah aktor senior, Kazar Saisi yang juga bapa Ira.

Lama mendiamkan diri sejak kes anaknya, Kazar telah memuat naik semula video berkenaan ‘karma’ yang dihadapi kereta di dalam video yang dikongsikan di Instagramnya.

Di akhir penulisannya, dia seakan muhasabah diri dengan mengatakan mungkin juga kita sedang menghadapi kifarah dan mudah-mudahan kita semua diberika keredaan yang ikhlas.

Bagaimanapun, kiasan yang dibuat Kazar tidak dapat dipastikan tujuannya dan mungkin menulis kata-kata motivasi untuk dirinya sendiri.

Sebelum ini, nama Kazar Saisi atau Kazaruddin Saisi telah terpalit sama dalam masalah rumah tangga yang dihadapi Syamsul apabila menjadi wali pernikahan untuk anak perempuannya, Ira dengan pengarah tersebut di Thailand.

Susulan daripada itu, keluarga Syamsul dilihat tidak dapat menerima Kazar sebagai besannya dan enggan memaafkan keluarga pelakon berkenaan kerana membiarkan menantu mereka, Puteri Sarah berendam air mata. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Semoga ada yg baik2 buat semua yg terlibat. Bincang dan bincang lah dari hati ke hati baik2. Tiada yg sempurna hingga hanya 1 Pihak sahaja yg salah dan 1 Pihak yg suci. Bincang dan berdamai cara baik. Allah tidak menjadikan sesuatu perkara sia2.

  2. Benda dah jadi x payah diperkatakan lagi. Allah telah mengatur semuanya, kita di sunia hanya menjalaninya.
    Jodoh pertemuan, ajal maut tiada sesiapa yang mengetahui, itu semua Allah yang tentukan. Redha sambil berdoa. Ada hikmah disebalik pengaturan Allah yang maha sempurna.

Comments are closed.