Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Hujan berterusan di seluruh negara sejak minggu lalu dijangka berterusan di empat buah negeri sehingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah hingga esok.

Menurut kenyataan MET Malaysia, hujan berterusan di Johor membabitkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala Sabah pula membabitkan Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan serta Kudat.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pahang membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor melibatkan Tangkak dan Muar dan di Sarawak melibatkan Sri Aman, Sarikei, Pakan, Julau, Sibu, Bintulu, Tatau, Sebauh, Miri sementara di Sabah membabitkan Sandakan dan Tongod.

“Angin kencang 40-50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan dalam tempoh tersebut.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

“Talian hotline MET Malaysia 1300221638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette

Banjir kilat dijangka landa enam negeri dalam tempoh 24 jam