sedekah fadhli shaari
Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR – UMNO dan Pakatan Harapan (PH) tidak perlu kalut berhubung isu ‘sedekah’ yang didakwa melibatkan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut.

Menurut beliau, ‘sedekah’ atau ‘rasuah’, akan dibuktikan dengan siasatan dan disusuli dakwaan jika ada kes.

“UMNO dan PH tak perlu kalut. Yang pastinya jawatan nombor dua kerajaan PH-BN sedang disandang oleh tokoh yang sedang hadapi dakwaan rasuah di mahkamah.

“Itu pasti, tiada penafian. Padahal dikatakan kerajaan ada 148 Ahli Parlimen yang menyokong, tiada keperluan mendesak kekalkan Timbalan Perdana Menteri yang ada pendakwaan rasuah.

“Tapi itulah, tidak penting sangat isu integriti kepada kerajaan PH-BN ini,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, sedekah atau sumbangan tetap dianggap sebagai rasuah yang dibayar kepada pengundi untuk mengundi pada pilihan raya.

Jelasnya, rasuah adalah rasuah tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk menggambarkannya kerana takrifan undang-undang jelas apa yang dimaksudkan dengan ‘pembelian undi’.

Baru-baru ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertahankan tindakan individu-individu yang mengagihkan wang pada PRU-15 dengan mendakwa ia adalah sedekah yang disifatkan pemberian itu adalah hak orang awam yang ingin memberi sumbangan.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian berikutan tindakan UMNO Terengganu memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan PRU-15 di tiga kerusi Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman yang dimenangi calon Pas. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Lebai.. tak dak sape yg kalut pun. Cuma lebai lihat dr sudut undang2/peraturan praya bila time prk/prn/pru tu kalu bagi hadiah duit utk tujuan ape?

  2. kalau iya pun nak sedekah pilih lah tempat dan keadaan nya . kalau pergi main pelacur lepas tu bagi 50 ringvit sedekah . boleh dikatakan sedekah ke tu . kalau tak main tak bagi pun .

    nak sedekah biar lah tanpa sebab . bukan ada matlamat dengan sedekah itu . tak kan ulamak tak tahu nak beza pemberian ikhlas atau tidak . kalau beri ada sebab tu bukan sedekah lah ooi . mulut je kata sedekah tapi bayaran ada sebab . inilah cara sedekah pas kot . budak muda baru hidup boleh lah tipu dengan istilah ugama . sebab sedekah itu memang baik . hakikat nya mereka tak tahu .

Comments are closed.