Ambiga Tommy
S. Ambiga

KUALA LUMPUR – Datuk S. Ambiga diminta memberi pandangan berhubung laporan pasukan petugas khas yang mendapati bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berulang kali melanggar Akta Suruhan Jaya Pelantikan Kehakiman 2009.

Pentadbir laman Facebook Najib Razak berkata, bekas Presiden Majlis Peguam itu tidak sepatutnya membisu sahaja.

Malah, katanya, Tommy sendiri tidak pernah menafikan perkara tersebut.

“Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bukan cara paling adil dan telus ke? Kenapa Ambiga bimbang?” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Terdahulu, FMT melaporkan, Ambiga menyifatkan inkuiri awam terhadap buku bertajuk Justice in the Wilderness: My Story tulisan Tommy adalah sesuatu yang berbahaya.

Beliau mendakwa, tindakan itu merendahkan pentadbiran keadilan dan dianggap sebagai serangan terhadap Jabatan Peguam Negara.

Pada 11 Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan, Kabinet bersetuju menubuhkan RCI bagi meneliti secara menyeluruh Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas Dakwaan Dalam Buku Bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

Beliau memberitahu, penubuhan itu selaras Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, mengikut bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dengan tujuan mencari kebenaran serta mengemuka syor kepada kerajaan bagi reformasi institusi perundangan, dan bukannya untuk mencari kesalahan mana-mana pihak.

Dalam laporan yang telah dinyah sulit, Pasukan Petugas Khas berkenaan mengesyorkan agar Tommy disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan (membocorkan maklumat) dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

Pasukan tersebut turut mencadangkan Jabatan Audit Negara serta agensi lain menjalankan audit serta siasatan lain mengenai kemungkinan salah laku Tommy semasa menjadi Peguam Negara. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.