Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Situasi hujan dan ribut petir diramal berlaku di beberapa kawasan di Selangor pada sebelah petang dan malam ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi Facebook memaklumkan, pada sebelah pagi, seluruh Terengganu dilanda hujan termasuk beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Pada sebelah petang, selain Selangor, beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sabah turut dilanda ribut petir.

Manakala beberapa kawasan di Kelantan, Pahang, Johor, Putrajaya, Sarawak dan Melaka juga dijangka hujan.

Selain Selangor, pada sebelah malam, seluruh Terengganu dan beberapa kawasan Kelantan, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak juga dijangka hujan.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah hingga hari ini. – MalaysiaGazette