Seorang petugas kesihatan melakukan proses ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jangkitan baharu Covid-19 di negara ini terus menurun di bawah 150 semalam kepada 132 termasuk dua kes import.

Jumlah terbaharu itu menjadikan kes kumulatif  Covid-19 sejak Mac 2020 sebanyak 4,996,602.

Sebanyak satu kes kematian direkodkan dalam tempoh sama dan 36,933 kes terkumpul.

Data KKMNOW menunjukkan 9,783 kes aktif semalam dan daripada jumlah itu, 9,402 menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 370 kes lagi dirawat di hospital termasuk 11 di unit rawatan rapi dengan 10 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast