Datuk Seri Amirudin Shari

KUANTAN – Kerajaan negeri Selangor tidak bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat bagi membeli laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Katanya, perbincangan untuk mengadakan PRN masih lagi berjalan dan DUN tidak akan dibubarkan sebelum Hari Raya Aidil Fitri yang disambut pada 22 April depan.

“Kita sedang bincang (pembubaran DUN), nanti Insha-ALLAH, kita akan putuskan. Setakat ini,  saya boleh bayangkan tiada pembubaran DUN sebelum Aidilfitri dan saya boleh sahkan perkara itu,” katanya.

Amirudin berkata demikian ketika mengadakan sidang media sejurus mesyuarat dua hala Kerajaan Pahang dan Kerajaan Selangor di  Wisma Sri Pahang pada hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mempengerusikan bersama mesyuarat tersebut kira-kira selama dua jam. – MalaysiaGazette