KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara terang-teragan menentang pemecatan Khairy Jamaluddin, Tan Sri Noh Omar dan menggantung empat pemimpin parti lain.
Malah jelas bekas perdana menteri itu, tindakan yang dibuat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam tidak mematuhi proses perundangan parti.
“Saya menyatakan tidak setuju dengan keputusan tersebut atas alasan pemecatan dan penggantungan dibuat tidak mematuhi proses perundangan dan bertentangan dengan prinsip natural justice seperti hak membela diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ismail Sabri berkata demikian mengulas tindakan MKT UMNO semalam memecat Khairy dan Noh.
Beliau berkata, terdapat lima faktor yang membuatkannya tidak bersetuju dengan pemecatan tersebut.
Antaranya, tiada surat tunjuk sebab kepada mereka yang dituduh, tiada ruang menjawab tuduhan tersebut menerusi surat tunjuk sebab.
“Jika yang dituduh tidak puas hati maka yang dituduh perlu dirujuk kepada pendengaran di dalam Jawatankuasa Displin bagi mempertahankan diri.
“Jika Jawatankuasa Displin mendapati yang dituduh bersalah atau sebaliknya maka Jawatankuasa Displin perlu memberi cadangan kepada jawatankuasa Pengurusan UMNO,” katanya.
Ismail Sabri turut menggariskan Jawatakuasa Pengurusan UMNO perlu berbincang dan membawa cadangan ke MKT UMNO untuk membuat keputusan.
“Proses ini tidak dilaksanakan, saya dimaklumkan Jawatankuasa Displin tidak pernah menasihatkan presiden untuk sebarang tindakan namun hanya memaklumkan tentang terdapat laporan dibuat terhadap yang dituduh.
“Maka saya menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut kerana terdapat kecacatan nyata dalam proses membuat keputusan memecat dan menggantung mereka,” katanya lagi.
Justeru itu, Ismail Sabri berkata UMNO perlu menjadi sebuah parti bertamadun dengan mempamerkan sifat telus dalam membuat sebarang tindakan terhadap ahli mahupun kepimpinannya.
Selain Khairy dan Noh – MKT UMNO malam tadi turut menggantung keahlian empat pemimpin lain antaranya ialah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff selama enam tahun. – MalaysiaGazette
LEMBAGA DISPLIN UMNOGOK….MENIKUS UNTUK PECAT PRESIDEN ZAHID TOK MAT AHMAD MASLAN DAN SEKUTU2NYA YANG JADI MUNAFIK DALAM PAU 2021….NO ANWAR NO DAPIGS
ALLAH YANG MENGETAHUI DAN SEBAIK2 PERANCANG…..UMNO BUNGKUS PRU 15 dan menunjukkan sikap kepuraan2 mereka SEBENAR pada parti ahli dan rakyat GERAK GERI MUNAFIKUN….itulah HIKMAH sebenarnya
Batal kan sahaja UMNO 2.0, dulu Tun M dan Ku li boleh berlaku tak akan masa sekarang tidak boleh berlaku lagi.
Tak setuju? UMNO tak pecat DSIS dah cukup baik. Patutnya gantung pisang kat depan pintu rumah tanda nazar dan syukur. DSIS penyokong kuat Perikatan Nasional dsn TSMY juga kan?
Pak Mail.. kalu tak setuju cakap dlm meeting bukan di luar. Nampak sgt nk kene tu. Nanti kene br dpt raih simpati.