Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

KUALA LUMPUR – Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri adalah satu pengkhianatan agenda reformasi yang dilaung-laungkan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tindakan itu tidak selari dengan janji Pakatan Harapan (PH) dalam soal amalan pemusatan kuasa.

“Anak beranak jaga kantung perbendaharaan negara. Inikah reformasi yang dicanang selama ini?

“Bukankah Nurul Izzah bercakap di World Economic Forum 2017 janji PH ialah pisahkan peranan dan jawatan Menteri Kewangan daripada Perdana Menteri?

“Ini bukan sekadar langgar janji tapi terus khianat agenda Reformasi yang kamu laungkan saban tahun,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook rasminya, hari ini.

Terdahulu media melaporkan Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh mengesahkan beliau dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah berkata, beliau memulakan khidmatnya berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal mempersoalkan sejauh mana pelantikan itu mampu mewujudkan tadbir urus yang baik dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

“Apa jaminan skandal 1MDB takkan berulang dengan peranan yang tidak dipisahkan sebegini? Apa kata Abang Mat Sabu kita?

“Apa beza keluarga Anwar dengan keluarga Trump? Adakah ini makna dan prinsip pentadbiran Madani yang nak dibangunkan untuk bawa Malaysia menjadi maju? Pakat-pakat nilai,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Nurul Izzah jadi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Apa beza anak Hadi, Khalil Hadi yg pernah jd Adun Batu Buruk? Apa beza menantu Muhyidin yg sakau projek berbilion masa bapak mertua dia isytihar Darurat??

Comments are closed.