nepotisme anwar
Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR – Amalan nepotisme Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melantik anaknya sendiri, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri adalah pengkhianatan kepada rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pelantikan itu bukan sahaja tidak wajar, salah, merosakkan imej kerajaan malah bertentangan sama sekali dengan amalan tadbir urus baik, berintegriti dan bebas rasuah.

Menurut beliau, pro bono bukan alasan untuk menghalalkan nepotisme.

Menurutnya, tindakan Anwar mempertahankan pelantikan anaknya adalah sesuatu yang amat memalukan, lebih-lebih lagi Tan Sri Hassan Marican sudah pun bertindak sebagai penasihat kepada Perdana Menteri.

“Ternyata Malaysia Madani hanyalah retorik kosong kerana keutamaan Perdana Menteri nampaknya lebih terarah kepada ahli keluarga sendiri berbanding menyelesaikan isu kos sara hidup, menangani cabaran ekonomi serta meneroka pasaran baharu untuk Malaysia.

“Perdana Menteri perlu menarik balik pelantikan ini. Nepotisme dalam PKR tidak boleh diheret sama ke dalam pentadbiran kerajaan. Walk the talk please,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Walaupun dikecam oleh pelbagai pihak, Anwar tetap mempertahankan pelantikan Nurul Izzah dengan menyatakan bahawa anaknya itu mempunyai kelayakan untuk menyandang jawatan tersebut.

Semalam, Perdana Menteri berkata, Nurul Izzah bukan sahaja memiliki ijazah pertama bidang kejuruteraan tetapi ijazah kedua dalam dasar awam merangkumi ekonomi, politik dan sosial dari Johns Hopkins School of Advanced International Studies, Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. tahniah ANWAR KEKAL RAJA MUNAFIK SERTA FITNAH NEGARA MALAYSIA MADANI

    PM TIDAK BOLEH PEGANG JAWATAN MENTERI KEWANGAN…PETROL TURUN RM1,50 PTPTN HAPUS ..TOL HAPUS…TIADA RASUAH TIADA KRONI TIADA NEPOTISME SUKU SAKAT,,

    ,FITNAHNYA PAS TERIMA 90 JUTA….TERIMA DANA JUDI….INSHA ALLAH KERAJAAN INI AKAN TUMBANG SEGERA

Comments are closed.