Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media khas di Pejabat Perdana Menteri Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 02 FEBRUARI 2023.

PUTRAJAYA – Badan siasatan, penguatkuasaan dan badan kehakiman di Malaysia kekal bebas dan tidak di bawah pengaruh mana-mana pihak.

Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan adalah tidak bertanggungjawab apabila tokoh politik pembangkang membuat tohmahan bahawa kerajaan memberi tekanan kepada badan-badan tersebut untuk mengambil tindakan kepada pembangkang.

Sedangkan katanya, kerajaan tidak langsung campur tangan dalam termasuk dalam kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Perkara yang berlaku ialah, pertama, ada laporan dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM berkaitan penggunaan wang oleh parti Bersatu.

“Kedua, saya jalankan kerja saya di Kementerian Kewangan (MoF) dan lihat projek-projek yang menelan belanja terlalu tinggi tanpa melalui tender. Kalau tiada tender dan kos tidak melambung tinggi, itu tidak menjadi isu.

“Ia bukan kita menghukum sesiapa. Projek Jana Wibawa semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tebatan banjir, kita dapati kos terlalu tinggi. Maka saya dedahkan maklumat dari MOF.

“Apa yang dilakukan SPRM itu bukan tertakluk kepada saya tetapi tertakluk kepada siasatan yang mendapati dalam akaun parti ada lebih RM300 juta. Itu memang harus dijelaskan,” katanya pada sidang media selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.

Sementara itu Perdana Menteri berkata, beliau tidak menghadapi sebarang masalah sekiranya SPRM memeriksa akaun parti lain dan menyatakan, parti lain melakukan audit kewangan parti dan dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) setiap tahun.

Begitupun kata beliau, bukan Bersatu yang mendedahkan akaun parti mereka sebaliknya ia didedahkan penyiasat.

“Sekiranya mereka parti bersih seperti mana diceritakan, mereka kena jelaskan kenapa dalam masa singkat boleh kumpul wang banyak.

“Dari sumber mana dan kepada siapa? Itu tugas SPRM (untuk siasat) dan baru dibawa ke Jabatan Peguam Negara, mengikut prosesnya. Lebih dari itu, saya tidak tahu.

“Yang kami nak tegaskan, arahan siasatan, semua tidak terkecuali untuk parti kerajaan atau pembangkang. Kita tegaskan begini supaya elak sebarang spekulasi,” tambahnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. apa ANWARFIKUN AKAN BEBASKAN TERUS JLOW MAKAN2 ANGIN ????

    HEBATNYA JLOW…bila POLIS2 SERTA IMEGERESEN2 SELURUH DUNIA MASIH GAGAL GAGAL GAGAL untuk mengesannya….mungkin ini PENDERMA HALIMUNAN untuk DAPIGS/PKR / P akatan H aru

    jasa Murid pada GURUNYA

Comments are closed.