Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 meningkat sebanyak 74 kes semalam kepada 325 berbanding 251 kelmarin.

Bagaimanapun, kes kematian kekal sifar semalam.

Sehingga semalam, kes kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini merekodkan sebanyak 4,998,300 dan kematian 36,942 sejak Mac 2020.

Kes aktif pula sebanyak 9,897 termasuk jumlah yang dikuarantin 9,507.

Jumlah kes yang ditempatkan di hospital pula 376 dengan 14 dirawat di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu, sembilan kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula 113. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast