15 individu terperangkap dalam lif rosak di bangunan kelab Rakan Muda di Bukit Kiara diselamatkan bomba hari ini.Ihsan Bomba KL

KUALA LUMPUR – Seramai 15 individu yang terperangkap dalam sebuah lif di bangunan Kelab Rakan Muda Bukit Kiara di sini, hari ini diselamatkan sepasukan anggota bomba.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1, Yusarimi Idrus berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu menerusi talian Mers 999.

“Bertindak atas panggilan itu, sepasukan anggota bomba dengan kekuatan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tun Dr Ismail telah bergegas ke tempat kejadian.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat lif rosak di bahagian tingkat G di bangunan tersebut,” katanya dalam kenyataan sambil menambah mangsa berumur antara 18 hingga 21 tahun.

Tambah beliau, pihaknya kemudian menjalankan kerja mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap itu dengan menggunakan alat hidraulik.

“Kesemua mangsa terselamat tanpa sebarang luka atau kecederaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast