KUALA LUMPUR – Sebanyak 339 jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam dengan satu kes import.
Ia menjadikan kes kumulatif terus bertambah kepada 4,998,959 sejak Mac 2020.
Manakala kes kematian masih kekal sifar, menurut data KKMNOW.
Kes aktif yang direkodkan ialah 10,210 dengan 9,823 menjalani kuarantin di rumah.
Sebanyak 379 dirawat di hospital manakala lapan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan lima memerlukan bantuan pernafasan.
Sejumlah 203 kes sembuh direkodkan dalam tempoh sama. – MalaysiaGazette