Bekas Pemain Badminton Negara yang juga Duta Milo, Datuk Rashid Sidek bersama Pengurus Pemasaran Pengguna Nestle, Andrew Yoon dan Ketua Pengarah Eksekutif (Peruncitan) Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, Datuk Joyce Yap bergambar bersama penerima sumbangan pada acara 'Charity At Heart' anjuran MILO ketika di Pavillion Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 FEBRUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Nestle (Malaysia) Berhad menyediakan kira-kira 10,000 pek Milo Hi-Fibre di Pavilion Bukit Jalil dekat sini, untuk dibeli oleh orang ramai dengan harga istimewa, iaitu RM8 satu pek.

Semua hasil pembelian itu akan disumbangkan Nestle dan Pivilion Bukit Jalil kepada badan amal.

Menurut Pengurus Pemasaran Pengguna Milo Business Unit Nestle, Andrew Yoon, pihaknya memberi sumbangan kepada tujuan yang baik, selain minuman itu membekalkan tenaga ke arah menyemarakkan gaya hidup aktif pada tahun baharu ini.

“Jenama kami sentiasa komited dalam mengutamakan pengguna, dan minuman ini terhasil daripada inovasi berterusan dan sokongan kami terhadap gaya hidup aktif rakyat Malaysia.

“Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat untuk berani terus melangkah ke hadapab dengan tenaga Milo Hi-Fibre.

“Minuman ini yang memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat mengikut panduan Kementerian Kesihatan (KKM) mengandungi khasiat tambahan daripada kandungan serta yang lebih tinggi,” katanya pada majlis nikmati dan kongsi kebaikan Milo Hi-Fibre dalam program amal di Pavilion Bukit Jalil, dekat sini, hari ini.

Turut hadir, bekas pemain badminton negara yang juga Duta Milo, Datuk Rashid Sidek dan diberi kepercayaan untuk merasmikan program itu.

Dalam majlis itu, kira-kira 100 keluarga B40 dan kurang berkemampuan menerima sumbangan daripada Nestle.

Bertepatan dengan matlamat Milo untuk memupuk tabiat aktif bersukan dari usia muda, pada acara itu Rashid turut berkongsi beberapa kemahiran asas badminton bersama kanak-kanak yang hadir.

Menurut Rashid, sudah tiba masanya untuk beliau kongsikan segala kemahiran dan nilai positif yang diperolehi sepanjang menjadi pemain badminton kepada generasi seterusnya.

“Meskipun rutin harian saya sangat sibuk dengan tugas sebagai jurulatih dan kekal aktif bersama keluarga, saya bersyukur kerana Milo Hi-Fibre dapat memberi tenaga dan nutrisi yang diperlukan untuk menjalani rutian harian yang begitu padat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast