Foto BBC.

LONDON – Liverpool terus berdepa  prestasi buruk musim ini apabila menerima kekalahan ketujuh mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila dibelasah Wolves 0-3.

Skuad kendalian Jurgen Klopp kini mengalami kekalahan keempat dalam tujuh perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan iaitu satu rekod yang menyedihkan dengan hanya satu kemenangan sahaja dalam proses tersebut.

Liverpool turun ke tangga ke-10 di mana kini ketinggalan 10 mata daripada empat teratas di pertengahan musim terburuk mereka di bawah Klopp selama tujuh tahun.

Ia adalah kali pertama sejak 2012 bahawa Liverpool telah tewas tiga perlawanan liga berturut-turut di tempat lawan sementara mereka telah bolos lebih banyak gol liga musim ini berbanding yang mereka lakukan pada keseluruhan musim lalu.

Liverpool kini bergelut untuk melayakkan diri ke mana mana pertandingan Eropah musim hadapan dengan impian ke Liga Juara-Juara kian sukar. – Agensi