Foto Instagram Wan Azizah Wan Ismail.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menganggap pemain Kuala Lumpur (KL) City yang juga berkongsi nama seperti suaminya, Anwar Ibrahim sebagai pemain bola sepak harapan negara.

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, isteri perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu mendoakan agar pemain pertahanan berusia 23 tahun itu terus majuĀ  dalam karier bola sepak.

“Saudara Anwar Ibrahim, pemain harapan masa depan! Diiringi doa agar maju jaya, berilmu, beriman dan bertaqwa,” tulis Wan Azizah.

Beliau turut memuat naik gambarnya bersama Anwar ketika penyampaian hadiah selepas KL City muncul juara Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, kelmarin.

Nama Anwar itu yang sama dengan nama suami Wan Azizah yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menarik perhatian pengikut di media sosialnya.

Sebelum ini, gambar Wan Azizah bersama pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu turut menarik perhatian ramai selepas ia dimuat naik di laman media sosial kelab KL City. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast