KUALA LUMPUR – Jika Khairy Jamaluddin dikatakan mempunyai magnet boleh menarik anak muda, beliau sepatutnya menubuhkan parti baharu.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, keputuan parti memecat bekas Ketua Pemuda itu bukan satu kerugian kerana ketika Khairy dalam jawatan tidak ramai anak muda menyertai UMNO.
“Ismail Sabri kata, KJ ada magnet. UMNO rugi kerana buang magnet untuk tarik orang muda. Masa KJ jadi Ketua Pemuda ramaikah anak muda ditarik oleh magnet KJ untuk sokong UMNO?
“Mungkin anak muda sokong KJ, tetapi bukan pada UMNO. KJ tidak merayu pemecatannya. Apa salahnya KJ tubuh parti baru. Kita tengok apakah anak muda akan berduyun masuk ikut magnet KJ,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.
Beliau membuat hantaran itu sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa tindakan UMNO yang dilihat menafikan perbezaan pendapat diutarakan pemimpin muda hanya merugikan parti itu.
Beliau juga menyifatkan pemecatan Khairy Jamaluddin dan penggantungan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan seperti menghapuskan “magnet” yang menarik sokongan orang muda.
Menurutnya, Shahril yang mahu ditonjolkan sebagai Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan akan datang berani bersuara seperti Khairy dan beliau mungkin disukai orang muda.
Jelas Mohd Puad, sekiranya Khairy Jamaluddin berani seperti Presiden MUDA, Syed Sadiq Syed Abdul Rahman yang menubuhkan parti baru, bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu boleh sertai Bersatu atau Pas.
“KJ boleh buktikan magnet dia ok. Jangan pula jadi penumpang kepada parti itu.
“Ismail Sabri silap. Sepatutnya dia cadang pada MKT supaya KJ ganti dia sebagai poster boy di PRU ke-15 lalu. Alasannya dia tidak ada magnet. KJ ada magnet. Ruginya UMNO kalau betul,” katanya sinis. – MalaysiaGazette
setiap hari seperti anjing tersepit salak sana sini.. sikap kamu seperti yahudi suka meapi-api kan bangsa kamu sendiri hati terlalu hitam penuh kesombongan, kawan yang baik telah rengang saudara yang dekat telah berjauhan ahli umno yang suka pada kesatuan telah lari dan benci meluat melihat kamu.
Pakcik Puad ni dah tua sangat ke?
Banyak slots idea dia ni macam kembali ke zaman kanak-kanak berusia antara 5 – 8 tahun bermain ejek mengejek atau zaman budak sekarang cakap mengangjing.
Apakah ahli UMNO puas dan suka orang seperti Pakcik Puad ni?
Moralnya apa credit diperolehi Parti UMNO sebab ramai rakyat kata dia ni dah …. tutt… tutt….
fuad ini juga telah pecahbelahkan umno batu pahat….mungkir janji jika ayob jamil serah dun padanya…Parliemn BP sebagai ganti….PRU15 fuad calonkan Sahak…akhirnya berkubur tumbang pada Onn Hafiz….semasa jadi Timb Men Pendidikan pancing undi serta tukar guru di sek2 akhirnya Fuad pun berkubur
Tanya balik Fuad jika kamu bermagnet kenapa Bacul BERTANDING di Parlimen Batu PAHAT pru 14 Dan 15 sbb kamu tewas pada Cikgu IDRIS JUSI ….PRU13
Terbaik mr puad. Puak2 pro PN sakit hati pada zahid sebab kalau zahid masih presiden, puak2 mereka broker2 Pn susah nak pegang umno & memperguna pengkhianat umno broker Pn seperti kj & nuar musang agar memilih abahcow jadi PM. sebaiknya PN ambik lah kj masok PN, dan suruh kj memburuk2kan pula presiden mereka serta bertanding sekali utk jawatan presiden. adakah mereka akan sokong kj macam sekarang? jawapannya mesti lah tut.. tut.. tut..