Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan) serta barisan kepimpinan parti pada Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduaan di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 07 FEBRUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Pejabat Muafakat Nasional (MN) di tingkat 36 di ibu pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn di sini telah ditukar menjadi tempat mesyuarat pemimpin Kerajaan Perpaduan malam ini.

Pejabat berkenaan diwujudkan pada 15 Mei 2020 ketika parti UMNO bekerjasama dengan Pas selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Pada 14 Oktober tahun lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ruang yang menempatkan pejabat MN di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn masih dikekalkan.

Kenyataan itu dibuat selepas Pas memilih untuk bekerjasama dengan Bersatu berbanding UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Bilik itu yang sebelum ini mempunyai logo UMNO dan Pas kini diubah dengan Jata Negara serta logo parti-parti yang mentadbir negara termasuk Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kes ni adalah tempat “buruk” untuk Anwar Ibrahim…
    Sejarah melakarkan disitulah pemula jalan yang menjahanamkan segala “keputusan baik” dalam kerjasama yang gagal.
    Harap Anwar Ibrahim sedar mengambilkira akan keramat “karma” disana.
    Harap pemimpin PH dapat memberikan sedikit kebimbangan dengan fakta sejarah itu.

Comments are closed.