Wednesday, April 24, 2024
Home Sukan Luqman Hakim sertai Njardvik FC secara pinjaman

Luqman Hakim sertai Njardvik FC secara pinjaman

Foto Instagram Njardvik FC.

KUALA LUMPUR – Penyerang muda negara, Lukman Hakim Shamsudin tekah diumumkan sebagai pemain baru kelab Iceland, Njardvik FC hari ini.

Njardvik yang beraksi dalam liga kedua Iceland mengesahkan Luqman dipinjamkan semusim daripada kelab Belgium, KV Kortrijk.

“Luqman Hakim sertai kelab bola sepak Njardvik selepas mencapai kesepakatan dengan kelab Liga Perdana Belgium, KV Kortrijk untuk mendapatkan khidmat Luqman Hakim secara pinjaman sehingga penghujung musim 2023,” demikian diumumkan kelab itu dalam laman web rasmi mereka.

Luqman Hakim, 20, menyertai Kortrijk pada 2020 dan telah melakukan dua penampilan bersama skuad senior pasukan itu, termasuk satu penampilan musim ini.

Dia kerap diturunkan dalam skuad perlawanan skuad B-21 dan pasukan simpanan kelab itu.

Pada 2019, graduan pertama Akademi Mokhtar Sahari itu pernah tersenarai sebagai 60 pemain muda paling berpotensi oleh akhbar The Guardian.

Anak didik Datuk Lim Teong Kim itu telah mengumpulkan sembilan penampilan bersama skuad senior kebangsaan. – MalaysiaGazette