KUALA LUMPUR – Malaysia terus merekodkan pertambahan jangkitan Covid-19 dengan 184 kes baharu semalam.

Ia menjadikan kes terkumpul sejak Mac 2020 sebanyak 4,999,719.

Sebanyak dua kematian dalam tempoh sama, sekali gus mencatatkan 36,946 kes kematian secara keseluruhan.

Data KKMNOW menunjukkan 9,982 kes aktif dengan 357 dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu hanya empat ditempatkan di unit rawatan rapi dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh semalam sebanyak 253. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast