Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar penerangan daripada timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum mempengerusikan pMesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduaan di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 07 FEBRUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokrasi Malaysia (MUDA) melahirkan perasaan kurang senang kerana tidak dijemput ke mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di ibu pejabat UMNO malam tadi.

Setiausaha Agung MUDA Amir Abd Hadi berkata, logo MUDA ada dipaparkan dalam bilik mesyuarat namun pemimpin parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu tidak mendapat sebarang maklumat.

Amir melalui kenyataan di Twitter berkata, pihaknya mengetahui pemimpin utama kerajaan perpaduan mengadakan mesyuarat hanya melalui media.

Setiausaha Agung MUDA, Amir Abdul Hadi .- Foto HAZROL ZAINAL, 23 OKTOBER 2022.

Seolah-olah tidak mahu dilihat berkecil hati, Setiausaha Agung MUDA itu berharap parti itu diberi taklimat mengenai perkara yang telah dibincangkan.

“Khabarnya semalam berlangsung mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan. Nampak ada logo MUDA. Tapi tak tahu apa-apa.

“Tak ada jemputan. Tak ada makluman. Tahu-tahu dah ada keputusan. Mungkin sekurang-kurangnya, boleh bagi taklimat hasil mesyuarat?” kata beliau.

Ciapan itu bagaimanapun mendapat reaksi kurang senang daripada pengguna Twitter.

Pemilik akaun @HeadsUP93 mendakwa, pemimpin MUDA sudah tentu dimaklumkan mengenai mesyuarat berkenaan.

Secara tegas beliau berkata, MUDA boleh keluar daripada Pakatan Harapan sekiranya tidak lagi mahu menjadi sebahagian daripada parti gabungan.

Bruh, jadi gentlemanlah. Takkan semua nak disuap. I’m sure someone in your team aware of this, why don’t standup and ask? Kenapa berkokok kat medsoc?

“Kalau tak nak part of this coalition, I think PH is more than happy to let you all out,” katanya.

Logo MUDA dalam Sekretariat Kerajaan Perpaduan terletak di bawah.

Bagaimanapun Amir tetap menafikan MUDA menerima sebarang maklumat mengenai mesyuarat tersebut.

“Saudara. Saya Setiausaha Agung Parti. Kalau ada sebarang komunikasi, sudah tentu melalui saya.

“Tidak ada surat, mesej, email etc yang diterima. Kami hanya tahu ia berlangsung dari media,” tegas Amir.

Selepas mesyuarat, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan semua parti kerajaan memberikan komitmen untuk bekerjasama dalam pilihan raya negeri yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Sekretariat itu juga menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Kerusi, Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik, dan Jawatankuasa Komunikasi Strategik.

Jawatankuasa Komunikasi Strategik ditubuhkan bagi menjelaskan salah faham dan “fitnah melampau” terhadap kerajaan.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Biasanya Zahid Hamidi akan jemput individu atau ketua parti yang hebat dan mengungtungkan survival politiknya…
    MUDA jangan berkecil hati kemungkinan “KERUSI TIDAK CUKUP” dimana ini pernah “dijadikan” semasa menyuarat perhimpunan parti sebelum PRU 15.
    Ok MUDA boleh memohon celah di sesi lain kalau pemimpin TUA tidak lupa ingatan kepada parti anda. Teruskan USAHA

Comments are closed.