Seorang individu melakukan ujian kendiri Covid-19.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 189 kes Covid-19 dilaporkan semalam termasuk satu kes import.

Sehingga semalam, Malaysia merekodkan 4,999,907 kes Covid-19 sejak Mac 2020.

Tiada kes kematian direkodkan dalam tempoh sama, menjadikan jumlah kumulatif kekal ke[ada 36,946.

Kes aktif pula 9,892 dengan 9,530 dikuarantin di rumah.

Sebanyak 355 kes lagi dirawat di hospital termasuk tujuh di unit rawatan rapi dengan empat memerlukan bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast