KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$115.2 bilion pada 31 Januari 2023 berbanding AS$114.9 billion pada 13 Januari lalu.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette