Anggota mencari dan menyelamat bersama anjing pengesan melakukan kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa pada hari kelima runtuhan bangunan akibat gempa bumi yang berlaku ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kahramanmaras, Turkiye. Foto FAREEZ FADZIL, 10 FEBRUARI 2023.

ANKARA – Angka kematian akibat gempa bumi dahsyat Isnin lalu meningkat kepada 20,213 di Turkiye, manakala 80,052 lagi kecederaan dilaporkan di negara itu.

Menteri Kesihatan Turki Fahrettin Koca yang mengumumkan perkara itu berkata, wilayah selatan Turkiye di Hatay merekodkan angka korban paling ramai iaitu sebanyak 6,205 orang.

Manakala 17,823 orang lagi cedera

“Selepas respons kecemasan, 20,000 rakyat kami yang diselamatkan dari runtuhan telah dipindahkan ke wilayah di luar wilayah melalui udara, ambulans darat dan kenderaan laut,” katanya dalam sidang media.

Wilayan selatan Turkiye di Kahramanmaras dilanda gempa bumi berukuran 7.7 magnitud pada jam 4.17 pagi Isnin lalu.

Beberapa jam kemudian Gaziantep dilanda gempa bumi 7.6 magnitud pada 1.24 petang. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast