KUALA LUMPUR – Sebanyak 9,401 kes aktif jangkitan Covid-19 direkodkan semalam.
Daripada jumlah itu, 9,068 kes dikuarantin di rumah manakala 324 lagi menerima rawatan hospital termasuk sembilan di unit rawatan rapi termasuk empat memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dalam tempoh sama, 160 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan, menjadikan kes terkumpul sebanyak 5,000,840 termasuk 38,646 kes import sejak Mac 2020.
Kes kematian sifar dalam tempoh sama.
Sehingga kini kes kematian terkumpul sebanyak 36,951.
Manakala kes sembuh semalam sebanyak 358. – MalaysiaGazette