sanusi mahathir
Muhammad Sanusi Md. Nor (kiri) dan Dr. Mahathir Mohamad dalam pertemuan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini. (Gambar: Facebook)

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor bertemu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, petang tadi.

Menurut beliau, banyak perkara yang dibincangkan dengan Dr. Mahathir, terutamanya tentang sejarah lampau, penjajahan, kelemahan dan kesilapan, masa depan orang Melayu, tanah Melayu, ekonomi, politik, sosial, padi dan beras, Kedah, Langkawi, Pulau Pinang, Malaysia dan negara serantau.

Katanya, mereka turut membincangkan tentang projek-projek berimpak tinggi kerajaan dan swasta di Kedah seperti Kedah Aeroteopolis, Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ), pelabuhan, stesen janakuasa bebas dan Widad Langkasuka.

“Keperihatinan Tun Mahathir kepada masa depan orang Melayu tidak pernah luntur.

“Pemikiran beliau tetap tajam, ingatan beliau detail dan pandangan beliau tetap segar. Semoga Allah panjang usia Tun berdua dalam kebajikan,” katanya dalam hantaran Facebook. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast